Web oh web…

Assalammualaikum dan selamat pagi..

Hee..kembali memulakan kerjaya di blog sebagaimana dijanjikan..eh2..kerjaya mendatangkan duit..ni xde..so..memulakan kembali aktiviti berblogging yang masih baru dlm diri ku ini..haha..

Siang tadi sempat la jugak gi Melaka International Bowling Centre(MIBC) utk tgk Bowling World Cup 2009. Dtg pon dah petang, masuk lak nk kena byr RM10. Nak masuk rase x berbaloi lak, sbb cm dh lambat. Kang masuk kejap, dah habis. Jadi tengok je la dari luar. Tak sempat tgk Safiyah main, melepas. Haha..

Photo 0157 Photo 0155

Tengok dari luar je..hehe..

gedungsiber.com…bermulanya sebuah kisah..

Ok..hari ni nak cerita pasal website gedungsiber.com yang telah saya hasilkan hari tu. Kalau diikutkan, web tu dah pon siap pada 11 September 2009. Tapi hanya kawan-kawan terdekat je yang dibagitau tentang pelancaran web tu. Masa tu nak kumpul feedback, dan mintak pandangan rakan2 yang pakar dlm bina website ni bagi komen untuk penambahbaikan. Ni adalah hasil website tersebut pada peringkat awal dulu..

dulu

gedungsiber.com peringkat awal menggunakan Coffeecup VSD

Masa ni, software yang digunakan adalah Coffeecup Visual Site Designer. Memang x dinafikan, software ni sangat mudah digunakan untuk membina website. Anda hanya perlu drag & drop apa sahaja yang anda inginkan untuk website anda. Tidak perlu tahu coding2 ni. Sebelum ni saya gunakan NVU dan Dreamweaver untuk cuba bina website. Tapi bile jumpa software ni, saya terus cuba dan itulah hasilnya! Betul2 What You See Is What You Get(WYSIWYG).

cfc

Paparan dalam software Coffeecup VSD

Hampir sebulan lebih saya guna software ni untuk uruskan website gedungsiber. Tapi lama-kelamaan, baru saya perasan konsep web yang saya bangunkan ni x berapa sesuai jika diurus menggunakan Coffeecup Visual Site Designer. Untuk makluman, web gedungsiber.com ini adalah sebuah website yang menempatkan pelbagai koleksi ebook dan produk digital untuk dijual(ada sesetengahnya PERCUMA! ). Ini bermakna, web ni perlu dikemaskini selalu. Tambah produk baru, buang produk yang dah x dijual, iklan2 dan sebagainya. Payah woo kalau pakai software Coffecup ni. Semuanya kena diuruskan satu demi satu. Kalau ade produk baru contohnya, kena letak satu ruang untuk bagitau tentang kedatangan produk ni. Pastu kat page ‘kategori’ produk, kena update jugak. Produk yang baru dtg ni tadi kena susun baik2, kasi boleh muat dlm page ‘kategori’ yang dah siap sebelum ni. Ek korang paham x??

Hm senang citer camni la..bagi saya, software ni sangat sesuai digunakan untuk website yang x perlu update sentiasa. Contohnya, minisite jualan[ Klik untuk lihat contoh minisite jualan]. Jarang orang update minisite jualan. Diorang buat site, letak info atau maklumat penting yang perlu, kemudian tinggalkan. Settle! Website yang macam tu mmg sesuai guna software Coffeecup ni. Lebih2 lagi korang leh bebas wat apa saja bentuk website dengan software ni. Untuk tarik perhatian pelanggan, kena la cantik-menarik-tertarik daBoom kan?? Hee jadi cadangan saya, pada mereka yang nak buat minisite jualan, gunakan kreativiti anda sebebasnya untuk membina sebuah minisite yang GEMPAK dan POWER dgn software Coffeecup ni.

Dah kalau software Coffeecup VSD ni x sesuai, pakai ape plak??

X lame selepas tu, saya pon dok study kt pakcik Google dan macam2 jenis forum, semata-mata untuk tau pe kebenda la yg paling sesuai digunakan untuk bina web gedungsiber.com tu. Dan akhirnya, saya dikenalkan dengan ‘Joomla!’!!

Pebenda tu Joomla! ?

JoomlaLogo-main_Full

Saya pun memang xtau pape pasal Joomla! asalnya. Stat2 belajar pasal dunia perniagaan internet ni, dikenalkan dengan Blogspot, Wordpress, pastu software2 cam NVU, Dreamweaver, Coffecup VSD, dan sekarang Joomla!. Dah pernah dgr dah dulu2, tapi mana amik kisah. Sekarang ni baru ada kesempatan nak guna. Hee..

Joomla! ni adalah sebuah Sistem Pengurusan Kandungan(Content Management System, CMS) yang amat popular dan terbaik pada masa kini. Mempunyai pelbagai komponen dan modul tambahan yang sentiasa dikemaskini. Dengan Joomla!, kita boleh mencipta dan membangunkan sesebuah website dengan cepat, mudah, dan teratur. Orang yang x tahu bina website, coding, HTML dan yg sewaktu dengannya (macam saya) pun boleh buat website selepas belajar guna Joomla!, dengan syarat!…Anda mesti rajin belajar, rajin bertanya, dan jangan mudah putus asa…

Haha..walaupun saya cakap mudah, tapi bukanlah semudah yang disangka. Maksud mudah tu, lepas dah belajar pasal Joomla!, nak buat website sekarang ni bukan lagi satu masalah bagi saya. Masa mula2 belajar dulu, rasa cam nak hentak kepala pon ade. Almaklumlah, kadang2 tu masuk la mana2 forum berkaitan utk tanya pasal Joomla!. Yg sakit pale tu bile diorang kasi penyelesaian dengan coding!! OH BULAN..eh silap2..Oh tidak!!! Mana tak nye, saya ni pantang cket tgk coding2 ni. Sakit jiwa dibuatnya.. Tapi dek kerana nak jugak belajar, cari penyelesaian demi penyelesaian sepanjang bina website dgn Joomla!. akhirnya berjaya jugak..Alhamdulillah..dan utk pengetahuan, saya memang xtau psl coding masa buat website guna Joomla! ni. Sampai la skrg. Ilmu berkaitan bina website dgn Joomla! yang ada pada saya, memang x libatkan coding. Ade pun, sikit2 je..

Oklah.. Dah panjang lebar citer ni..nanti bersambung dgn mcm2 lagi citer menarik, sebagiamana yang dijanjikan dlm post sebelum ni..hee

Jangan lupe jenguk2 web gedungsiber.com ok? Masih dalam penambahbaikan. Sebarang komen dan pandangan amat dialu-alukan..

Selamat malam..


Dari saya yg masih belajar dan terus belajar..


Wassalam..




Bookmark and Share

Comeback!!!

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua..

Adoiyai..lame bebeno blog ni x di update. Macam2 masalah..tapi bermula hari ini, 17 November 2009..blog Entrepreneur's Soul kembali menerjah!! Haha..xde2. Bukan nak terjah sape2..cuma dengan layout baru, semangat baru, info2 terbaru..akan ku update blog ini dengan pelbagai cerita dan info menarik..yang hendak dikongsi bersama..


"Tahniah..selamat kembali berblogging."

Tapi bukan dlm post kali ini..post kali ni sekadar review je ape nak dicerita selepas ni..Antara yang menarik..

--> pengalaman ke Beijing- pengalaman dan idea yang mungkin boleh dibawa untuk perniagaan berkaitan pelancongan.

--> idea perniagaan yang hendak dilaksanakan, tapi terhenti sebab...

--> aku, bisnes makanan dan Mydin?? Hmm...

--> dan mcm2 lagi ar..hee

Dan sebelum tu, nak dimaklumkan..website yang dijanjikan spt dlm post sblm ni(dh bape lame pnye post daaa..) akhirnya siap..Nak tau cmna pelaksanaan web tu?? Tunggu je, nanti cerita..hee..usha dan bagi komen ok?

http://gedungsiber.com/

Ok semua..nantikan berita terkini hiburan sensasi..haha..see u soon..


Bookmark and Share

Aku, Blog, Bisnes dan dot dot dot

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Sekadar sebuah medium untuk cetusan idea, luahan pemikiran, perkongsian maklumat dan apa sahaja yang terlintas di kepala dan hati. Mungkin juga untuk merekod perjalanan kehidupan, menuju titik kejayaan. (Pergh ayat xnak gempak,hee) Kesimpulannya...aku nak jadi jutawan!! Haha..Dan berjaya dunia & akhirat, insyaAllah..Now, let's go!!