Web oh web…

Assalammualaikum dan selamat pagi..

Hee..kembali memulakan kerjaya di blog sebagaimana dijanjikan..eh2..kerjaya mendatangkan duit..ni xde..so..memulakan kembali aktiviti berblogging yang masih baru dlm diri ku ini..haha..

Siang tadi sempat la jugak gi Melaka International Bowling Centre(MIBC) utk tgk Bowling World Cup 2009. Dtg pon dah petang, masuk lak nk kena byr RM10. Nak masuk rase x berbaloi lak, sbb cm dh lambat. Kang masuk kejap, dah habis. Jadi tengok je la dari luar. Tak sempat tgk Safiyah main, melepas. Haha..

Photo 0157 Photo 0155

Tengok dari luar je..hehe..

gedungsiber.com…bermulanya sebuah kisah..

Ok..hari ni nak cerita pasal website gedungsiber.com yang telah saya hasilkan hari tu. Kalau diikutkan, web tu dah pon siap pada 11 September 2009. Tapi hanya kawan-kawan terdekat je yang dibagitau tentang pelancaran web tu. Masa tu nak kumpul feedback, dan mintak pandangan rakan2 yang pakar dlm bina website ni bagi komen untuk penambahbaikan. Ni adalah hasil website tersebut pada peringkat awal dulu..

dulu

gedungsiber.com peringkat awal menggunakan Coffeecup VSD

Masa ni, software yang digunakan adalah Coffeecup Visual Site Designer. Memang x dinafikan, software ni sangat mudah digunakan untuk membina website. Anda hanya perlu drag & drop apa sahaja yang anda inginkan untuk website anda. Tidak perlu tahu coding2 ni. Sebelum ni saya gunakan NVU dan Dreamweaver untuk cuba bina website. Tapi bile jumpa software ni, saya terus cuba dan itulah hasilnya! Betul2 What You See Is What You Get(WYSIWYG).

cfc

Paparan dalam software Coffeecup VSD

Hampir sebulan lebih saya guna software ni untuk uruskan website gedungsiber. Tapi lama-kelamaan, baru saya perasan konsep web yang saya bangunkan ni x berapa sesuai jika diurus menggunakan Coffeecup Visual Site Designer. Untuk makluman, web gedungsiber.com ini adalah sebuah website yang menempatkan pelbagai koleksi ebook dan produk digital untuk dijual(ada sesetengahnya PERCUMA! ). Ini bermakna, web ni perlu dikemaskini selalu. Tambah produk baru, buang produk yang dah x dijual, iklan2 dan sebagainya. Payah woo kalau pakai software Coffecup ni. Semuanya kena diuruskan satu demi satu. Kalau ade produk baru contohnya, kena letak satu ruang untuk bagitau tentang kedatangan produk ni. Pastu kat page ‘kategori’ produk, kena update jugak. Produk yang baru dtg ni tadi kena susun baik2, kasi boleh muat dlm page ‘kategori’ yang dah siap sebelum ni. Ek korang paham x??

Hm senang citer camni la..bagi saya, software ni sangat sesuai digunakan untuk website yang x perlu update sentiasa. Contohnya, minisite jualan[ Klik untuk lihat contoh minisite jualan]. Jarang orang update minisite jualan. Diorang buat site, letak info atau maklumat penting yang perlu, kemudian tinggalkan. Settle! Website yang macam tu mmg sesuai guna software Coffeecup ni. Lebih2 lagi korang leh bebas wat apa saja bentuk website dengan software ni. Untuk tarik perhatian pelanggan, kena la cantik-menarik-tertarik daBoom kan?? Hee jadi cadangan saya, pada mereka yang nak buat minisite jualan, gunakan kreativiti anda sebebasnya untuk membina sebuah minisite yang GEMPAK dan POWER dgn software Coffeecup ni.

Dah kalau software Coffeecup VSD ni x sesuai, pakai ape plak??

X lame selepas tu, saya pon dok study kt pakcik Google dan macam2 jenis forum, semata-mata untuk tau pe kebenda la yg paling sesuai digunakan untuk bina web gedungsiber.com tu. Dan akhirnya, saya dikenalkan dengan ‘Joomla!’!!

Pebenda tu Joomla! ?

JoomlaLogo-main_Full

Saya pun memang xtau pape pasal Joomla! asalnya. Stat2 belajar pasal dunia perniagaan internet ni, dikenalkan dengan Blogspot, Wordpress, pastu software2 cam NVU, Dreamweaver, Coffecup VSD, dan sekarang Joomla!. Dah pernah dgr dah dulu2, tapi mana amik kisah. Sekarang ni baru ada kesempatan nak guna. Hee..

Joomla! ni adalah sebuah Sistem Pengurusan Kandungan(Content Management System, CMS) yang amat popular dan terbaik pada masa kini. Mempunyai pelbagai komponen dan modul tambahan yang sentiasa dikemaskini. Dengan Joomla!, kita boleh mencipta dan membangunkan sesebuah website dengan cepat, mudah, dan teratur. Orang yang x tahu bina website, coding, HTML dan yg sewaktu dengannya (macam saya) pun boleh buat website selepas belajar guna Joomla!, dengan syarat!…Anda mesti rajin belajar, rajin bertanya, dan jangan mudah putus asa…

Haha..walaupun saya cakap mudah, tapi bukanlah semudah yang disangka. Maksud mudah tu, lepas dah belajar pasal Joomla!, nak buat website sekarang ni bukan lagi satu masalah bagi saya. Masa mula2 belajar dulu, rasa cam nak hentak kepala pon ade. Almaklumlah, kadang2 tu masuk la mana2 forum berkaitan utk tanya pasal Joomla!. Yg sakit pale tu bile diorang kasi penyelesaian dengan coding!! OH BULAN..eh silap2..Oh tidak!!! Mana tak nye, saya ni pantang cket tgk coding2 ni. Sakit jiwa dibuatnya.. Tapi dek kerana nak jugak belajar, cari penyelesaian demi penyelesaian sepanjang bina website dgn Joomla!. akhirnya berjaya jugak..Alhamdulillah..dan utk pengetahuan, saya memang xtau psl coding masa buat website guna Joomla! ni. Sampai la skrg. Ilmu berkaitan bina website dgn Joomla! yang ada pada saya, memang x libatkan coding. Ade pun, sikit2 je..

Oklah.. Dah panjang lebar citer ni..nanti bersambung dgn mcm2 lagi citer menarik, sebagiamana yang dijanjikan dlm post sebelum ni..hee

Jangan lupe jenguk2 web gedungsiber.com ok? Masih dalam penambahbaikan. Sebarang komen dan pandangan amat dialu-alukan..

Selamat malam..


Dari saya yg masih belajar dan terus belajar..


Wassalam..




Bookmark and Share

Comeback!!!

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua..

Adoiyai..lame bebeno blog ni x di update. Macam2 masalah..tapi bermula hari ini, 17 November 2009..blog Entrepreneur's Soul kembali menerjah!! Haha..xde2. Bukan nak terjah sape2..cuma dengan layout baru, semangat baru, info2 terbaru..akan ku update blog ini dengan pelbagai cerita dan info menarik..yang hendak dikongsi bersama..


"Tahniah..selamat kembali berblogging."

Tapi bukan dlm post kali ini..post kali ni sekadar review je ape nak dicerita selepas ni..Antara yang menarik..

--> pengalaman ke Beijing- pengalaman dan idea yang mungkin boleh dibawa untuk perniagaan berkaitan pelancongan.

--> idea perniagaan yang hendak dilaksanakan, tapi terhenti sebab...

--> aku, bisnes makanan dan Mydin?? Hmm...

--> dan mcm2 lagi ar..hee

Dan sebelum tu, nak dimaklumkan..website yang dijanjikan spt dlm post sblm ni(dh bape lame pnye post daaa..) akhirnya siap..Nak tau cmna pelaksanaan web tu?? Tunggu je, nanti cerita..hee..usha dan bagi komen ok?

http://gedungsiber.com/

Ok semua..nantikan berita terkini hiburan sensasi..haha..see u soon..


Bookmark and Share

Kembali setelah lama menyepi...


Salam Ramadhan...sedar x sedar, dah mula masuk ke 15 malam terakhir Ramadhan. Tu pun perasan beberapa hari lepas bile imam kt surau baca doa tyme solat witir satu rakaat..

Alamak, dah lame lak x update blog ni. Bukan pe, bz cket. Dlm smggu ni, tgh buat sebuah website jualan..Ahah..tinggal cket je lagi nak siap. Maybe esok atau luse, dah bleh launch. So, tunggu dan lihat..hehe..

Sedikit review tentang website ni. Eh xnak la. Nak banyak review, bermula dari awal yang mencetuskan idea ni,haha. Xkire, korang nak dgr ke x, baca je k. Dah lame x updtae, so kena la tulis pjg cket..hehe..

Actually konsep web jualan ni lebih macam sebuah kedai buku secara online. Ni sume gara2 aritu bersemangat gler nak bukak kedai buku kat Mydin MITC lepas habis study, tapi nampaknya ia suatu idea yg trpaksa ditangguhkan dulu atas beberapa masalah, termasuklah masalah kewangan..hee..

Mydin MITC Melaka..tgk bnyk lot kdai kosong dlm tu..tapi apekan daya..ongkosnya xde..

Then sibuk memohon kerja sana sini, intervew di beberapa tempat, rezeki masih xde. Rakan2 lain ramai dah mula bekerja, dan ada yang dah mula bercerita pahit manis alam pekerjaan. Tahniah kpd mereka2 yg dpt kerja yg seswai dgn jiwa dan raga anda.

Sedikit tertekan, tapi masih mampu tersenyum kambing sbb dalam masa yg same, bisnes name kad yang masih dalam fasa percubaan dan mencari market, sudah mula mnunjukkan hasil. Memang xbanyak hasilnye. Dalam masa 2 minggu dah berjaya dapat lebih kurang RM 2++..Okla bagi peringkat permulaan. Ini bisnes lain cket. Apa yg len?? Hehe..tu kite cter len ari ok..Dan sampai sekarang bisnes ni masih berjalan cuma dah slow sbb mula buat web jualan lak..

Ni la die senyum kambing..

Satu hari, kawan tyme kat matrix dulu kol. Faizzuddin name die. Ajak borak2. Dipendekkan cter, borak pnye borak, tercerita bab bisnes. Dan die bagi idea nak buat company yg handle program latihan dan motivasi. Dan saya dgn idea bisnes saya. Lebih kpd printing. Kesudahannya, ktorang berstuju utk buat partnership company!!

Faisya Proventure

Ya..itulah nama company kami. Asalnya nk pkai proventure enterprise je. Skali ble nk gi register kt SSM xleh daa. Dah ade org len amik. Tula, sape sruh xsurvey dlu..Tyme tu la dok pikir2 pe name len..Las2..Faisya Proventure!! Agk2 la, msti korang pun tau pe psal Faisya kan? hehe..

Ketika tggu current account yg dibukak kt CIMB siap dibuat (lbey kurg seminggu), tiba2 dtg idea nk wat kdai buku secara online! Idea tu saya bgtau kt Faiz. Dan die berstuju utk same2 jayakan idea tu smntara mnggu current account siap..

Kaji dan mula belajar..satu demi satu..bukak balik buku2 dan modul2 irfan khairi yg dapat masa gi kursus die kt KL bulan 5 aritu. Dan spjg tempoh pncarian dan pmbelajaran itulah, trbukak biji mata tentang perniagaan internet di Malaysia, x kurang hebatnya. Ramai dah usahawan2 berjya. Dan yg paling buat saya TERKEJUT BERUK..salah seorang usahawan internet berjya yg femes dan kian meningkat naik ialah..

AMMAR ZAHAR!!

Ammar Zahar..

Jumpa die kat cni: http://perniagaaninternet.com/blog/..Nape saya trkjut?? Kalo nak tau, die ni, adalah junior masa tyme kt skola menengah dulu!! Waduh2.. die tgh study lg, tapi dah berjaya buat duit dgn 5 angka tiap bulan. Mana x tercabar!!

Mula2 cm xcaya. Pelanduk 2 serupa kot. Try bg emel. Tanya btol ke ni ammar yg saya kenal tu. Hampa. Xde balasan. Lantakla.. Until one day, saya dapat sebuah ebook percuma hasil tulisan ammar zahar. Dan dalam ruang pengenalan, dari apa yg diceritakan tentang siapa die..SAH!! Memang ni la budaknya..Sekarang dah berjaya..waduh2..Dan dlm masa yg same, saya mula tercabar, utk menyaingi die. Bukan utk hapuskan die, tp sbg penanda aras utk kejayaan kelak. Sangat berharap agar dapat jugak kontek die, tapi bkan sbg usahawan, tp sbg org yg dknali masa kt skola,haha!!

Tapi, saya bknla usahawan internet spenuh masa. Itu bukan target saya. Target saya, dan Faiz..

MENJADI DUO USAHAWAN JUTAWAN MENJELANG 2014!!

Usahawan-banyak bidang nak ceburi. Mula satu per satu. Langkah demi langkah. Semoga, impian kami ini akan tercapai, insyaAllah..Sbg peringatan, kami saling mengingatkan, buat sesuatu tu, biarlah demi keredhaan Allah. Itu yg paling penting. Jgn sampai tersesat dek kerana terlalu taksub mncapai kjayaan yg belum tntu diberkati dan diredhai Allah..

Berbalik kpd web jualan ni, skrg ni web ni bkn sebuah kdai buku online semata2. Ada jugak barang2 digital dan juga fizikal yg len. Kami mengambil pendekatan Affiliate dlm usaha membina web ini. Harapan saya, bile dah dilancarkan nnti, rakan2 sekalian dapatla memberi komen dan pandangan, agar mana yg kurang, boleh saya baiki dari masa ke semasa. Dan saya juga berharap, web ini bukan utk kepentingan saya sahaja, malah mampu dimanfaatkan kpd semua orang. Kepada pembeli, penjual, mahupun pelayar web..Senang citer sume2 la,hehe..

Ok..setakat itu sahaja arini..nak siapkan web balik..touch up cket2, dan tggu masa utk dilancarkan!! Rasanya..esok luse dah bleh launch ni..xsabar menunggu respon dari kawan2..Dan satu lagi tentang web jualan ni..Saya buat web ni tanpa menggunakan Dreamweaver atau NVU sbb saya masih belum ckup mesra alam dgn sofwer2 tu, yg dah diiktiraf oleh pereka2 web sekalian..hehe..Nnti dah siap, saya bgtau sofwer ape yg saya gunakan..ok guys..

Selamat Berpuasa!! Banyakkan amalan!! Semoga apa yg kita hajatkan di sepanjang bulan Ramadhan al-Mubarak ini dimakbulkan oleh Allah, insyaAllah. Ameen..




Idea utk Buat RM10 Menjadi RM100..

Salam pagi semua..pekabo?Dah bace niat puase lom??Kalo blom bace cepat ok..


Hai duit Rm100..kemarilah kau ke dalm poket ku...

Ok..di pagi bute ni, saya ingin berkongsi sedikit idea bagaimana utk buat RM10 menjadi RM100. Terima kasih kpd saudara Fathuri keranan idea ni dtg sebaik sahaja beliau bagi komen kat post saya sebelum ni, iaitu review bazaar Ramadhan Ep.2..

This is my idea...Creating Kad Raya!! Yeah2!!

Kad raya jgn dilupa..

Ok..pertama skali, mungkin ramai yg dok pertikai idea ni sbb dh rmai yg xpkai kad raye. Maklumlah, dunia dh maju, zaman dah berubah..SMS ade, MMS ade, emel ade, friendster ade, myspace ade, facebook ade, dan mcm2 lg ade..tapi dgn bermodalkan RM10, pe slhnye mncuba utk jadikan nye kpd RM100, ye x?

Utk wat kad raya ni, saya cdgkan guna laser card(nak gunakan glossy paper pon bleh, skrg murah je).Harga 10 keping laser card bersize A4 adalah dlm lingkungan RM3. Sekeping laser card tu leh buat 2 kad raye bersaiz kecil. 1 kad raye anda boleh jual RM 2...

Kita kira semula..

1 kad raya = RM 2
1 keping laser card = 2 kad raya = RM 4
10 keping laser card = 20 kad raya = RM 40!!


Next..

Dgn bermodalkan RM 3, kita leh dpat RM40!
Dgn bermodalkan RM 9, kita leh dpat RM120!!


Ahah..x sampai RM 10 pun, dah jadi lebih dari RM 100!!

Target tu, better bdk2 la. Try la approach cara mana pun. Yg tu, bergantung pd kreativiti dan usaha anda. Saya cuma berkongsi idea berdasarkan pegalaman sbb saya pernah wat kad, tp bukan kad raya la. Di kesempatan musim Raya ni, cuba la idea ni. Leh la wat duit raya tmbahan nanti,hehe..

Satu lagi, idea ni, xtermasuk kos printer sbb saya mmg dah ade printer utk kegunaan sendiri. Jadi, saya cuma gunakan apa yg ade. Modal, yg beli laser card tu je la. Hehe..

Ok guys, selamat mencuba(kpd mereka yg nak mencuba la)!!

Anda ade nak bagi pandangan?? Pe lagi, jom ar kongsi2...




Review Bazaar Ramadhan Ep.2

Salam 4 Ramadhan…

Ok pagi ni saya mau review lagi 2 buah bazaar Ramadhan. Hehe, xsmpat nk review hari2, jadi mane yg smpat tu saya akan cuba kongsi2 kan dgn anda. 2 buah bazaar ni saya xtau la bleh panggil bazaar ke x, sbb lokasinya yg tidak berapa rasmi utk digelar bazaar. Xkisahlah, dalam kamus saya, mana2 kawasan yg ade sekumpulan peniaga menjual juadah berbuka akan saya kategorikan sbg bazaar Ramadhan(haha, memandai jek). Klah, 2 buah bazaar yg saya mksudkan terletak di:

1. Tmn Bertam Jaya( Bertam Ulu)

bazaar bertam ulu 

Hah, nmpk x? Yg ditandakan dgn huruf B warna hijau tu..Ok. Yg sebenarnya saya bukan nk ke sana pun masa tu. Tgh dlm perjalanan pulang ke kampung di Tg. Bidara, nampak bazaar tu. Jadi singgahlah kejap.

Hm gerai nya xdela banyak mana, tapi pd saya, pilihan juadahnye lebih banyak berbanding yg dkt TU hari tu. Kuih-muih mmg banyak. Jln cket sambar kuih tu, jln gerai seterusnya sambar lagi kuih len plak. Haha, dah mula rambang mata. Tapi xde yg specel kot, kecuali SATE TULANG. Hm..rasenye name die sate tulang. Tgh dh nk otw blk ke kereta baru terperasan iklan sate tulang. Xsmpat nk usha2 lak. Aiseh..

 

Photo 0069   Photo 0070   Photo 0071

 Pemandangan sekitar kawasan bazaar di Taman Bertam Jaya. Kan dah kate bnyk kuih.

2. Pangsapuri Tasik Utama

bazaar pangsapuri

Lokasinya tu yg kat huruf A warna merah tu..Ok yg ni baru gi semalam. Saja nk usha2. Nak beli kuih cket, air cket. Hehe..

Apa yg menariknya di sini? Ahah, kpd peniaga2, mungkin ini tempat yg strategik kpd mereka sbb btol2 berada di kawasan pangsapuri kediaman pelajar perempuan UTeM.(Perhatian, jgn dtg ke sini jika anda ingin mencuci mata. Buat kurang pahala puasa je!). Ape taknya, kalau dh balik kelas lambat, nk gi bazaar lain cm jauh, so bazaar dpn mate ni la sasaran nye. 

Juadah yg menarik? Hm..xperasan lak. Kebanyakan juadah kat sini berbentuk lauk pauk, xbanyak kuih mueh. Dan kalau anda dtg ke sini, singgah2 ler ke gerai yg ade jual roti john. Kat ctu, rasenye ade satu gerai ni je yg wat roti john. Jadi rasenye msti ramai yg dok ctu nk try roti john dorang. Harganya pun berpatutan, RM2 je. Okla tu. Hehe.(Student UTeM gak yg wat ni. Bgus2. Hehe)

Photo 0083 Pakcik penjual air tebu ini akan menyambut kedatangan anda. Gerai dia yg paling dpn sekali. Betul2 kat laluan masuk ke pangsapuri.

Photo 0077 Photo 0081

Tu dia gadis2 mencari juadah berbuke..

Photo 0078 Photo 0075

Antara juadah2 yg dijual..

Photo 0079 Photo 0080

Inilah dia, brader2 Roti John!! Jgn lupe try resipi dorang..

 

Hm..rasenye tu jela kot yg boleh di review kan. Xsempat nk usha sume.

Ni blom gi lagi ke bazaar2 besar cam kat Peringgit dan Taman Cempaka. Yg tu kena wat review eksklusif, haha!! Yg besar2 ni maybe g hujung minggu kot. Mau usha2 yg kcil2 dulu. Kpd org2 Melaka yg ade nk rekomen mane2 tempat, sila2 la bgtau..Mana tau jmpa juadah yg gle specel, leh kita kongsi same2,hee..

Okla, sampai di sini dulu.. Teruskan berpuasa!!

P/s: Hah, siap masuk surat khabar Berita Harian semalam(24 Ogos 2009). Memang kena usha gak ni. Hehe..

bazar Bangga tol brader ni..hehe

Bonus Minggu Ini-Panduan Jimat Minyak Kereta!!

Salam 3 Ramadhan..

Hm..rasanya, mulai dari minggu ini, saya akan cuba utk memberikan ebook2 PERCUMA kpd anda. Jangan risau, memang x dikenakan sebarang bayaran. Saya sekadar mahu berkongsi sebarang maklumat dan informasi berguna yg saya ada utk kebaikan kita bersama. Jadi, jgn malu jgn segan jgn takut. Anda hanya perlu ikuti beberapa langkah mudah sahaja utk mendapatkan Ebook PERCUMA ini..

BONUS MINGGU INI-EBOOK PANDUAN JIMAT MINYAK KERETA

Ebook ini akan menerangkan kpd anda beberapa langkah yg perlu diambil bagi membolehkan anda menjimatkan penggunaan minyak kereta. Satu panduan yg amat berguna utk dikongsi bersama terutama kpd mereka yg sentiasa menggunakan kereta dalam urusan seharian.

Bagaimana utk mendapatkannya??

Emel kpd saya(syafiq_ryu007@yahoo.com).Saya akan menghantar link utk mendownload Ebook ini kpd anda dgn kadar yg segera. Jika emel dari saya tiada di dalam inbox, sila periksa di bahagian Spam.

Mudah bukan? Benda baik x baik simpan sorang2. Hehe..Selamat berjimat!!



Pakej Hebat!! Khidmat Mengambil Gambar Perkahwinan!!

Ok guys..


Ni ade sedikit pesanan penaja..Kpd sesiapa yg berminat membuat tempahan servis mengambil gambar utk Majlis Perkahwinan, anda boleh lah mendapatkan perkhidmatan tersebut dari saudara Zul. Berikut adalah maklumat pakej yg ditawarkan:

wedd

 

Pls note that all pictures are fully edited.
Packages are for reference only, still can be modify according to your budget. :)
Packages are for one day coverage.
Terms & Conditions

  1. Photographer must be booked 2 weeks before event.
  2. Upon confirmation, 50% of package amount must be paid in advance and another 50% at the end of event.
  3. Advance payment is not returnable if cancellation is made.
  4. Outside Malacca, additional charges for transportation and accommodation will be charged.
  5. Additional RM 150 for another extra days.
  6. Final product will ready 2 - 4 weeks after event.
  7. All photos are under shuttersyndrome copyright and reserved the right to used it in any legal manners.
  8. Any inquiries or special request, do not hesitate to call me at 012-3198895 (Zul) or e-mail at mikos_85@yahoo.com

 

Kpd rakan2 yg nak kawen ke, sedara ke, pakcik makcik ke, atau sape2 jela, bleh la dapatkan perkhidmatan dari saudara Zul ni. Pakej nye pon menarik. Harga?? Alah, mesti boleh dirunding punye,hehe(memandai jek). Untuk melihat lebih banyak lagi hasil buah tangan kreatif saudara Zul ni, bleh la melawat ke blog berikut:

http://shuttersyndrome.blogspot.com/

Ok..semoga berjumpa di majlis perkahwinan anda nanti. Jgn lupe jmput yek!! hehe..





Aku, Blog, Bisnes dan dot dot dot

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Sekadar sebuah medium untuk cetusan idea, luahan pemikiran, perkongsian maklumat dan apa sahaja yang terlintas di kepala dan hati. Mungkin juga untuk merekod perjalanan kehidupan, menuju titik kejayaan. (Pergh ayat xnak gempak,hee) Kesimpulannya...aku nak jadi jutawan!! Haha..Dan berjaya dunia & akhirat, insyaAllah..Now, let's go!!