Kembali setelah lama menyepi...


Salam Ramadhan...sedar x sedar, dah mula masuk ke 15 malam terakhir Ramadhan. Tu pun perasan beberapa hari lepas bile imam kt surau baca doa tyme solat witir satu rakaat..

Alamak, dah lame lak x update blog ni. Bukan pe, bz cket. Dlm smggu ni, tgh buat sebuah website jualan..Ahah..tinggal cket je lagi nak siap. Maybe esok atau luse, dah bleh launch. So, tunggu dan lihat..hehe..

Sedikit review tentang website ni. Eh xnak la. Nak banyak review, bermula dari awal yang mencetuskan idea ni,haha. Xkire, korang nak dgr ke x, baca je k. Dah lame x updtae, so kena la tulis pjg cket..hehe..

Actually konsep web jualan ni lebih macam sebuah kedai buku secara online. Ni sume gara2 aritu bersemangat gler nak bukak kedai buku kat Mydin MITC lepas habis study, tapi nampaknya ia suatu idea yg trpaksa ditangguhkan dulu atas beberapa masalah, termasuklah masalah kewangan..hee..

Mydin MITC Melaka..tgk bnyk lot kdai kosong dlm tu..tapi apekan daya..ongkosnya xde..

Then sibuk memohon kerja sana sini, intervew di beberapa tempat, rezeki masih xde. Rakan2 lain ramai dah mula bekerja, dan ada yang dah mula bercerita pahit manis alam pekerjaan. Tahniah kpd mereka2 yg dpt kerja yg seswai dgn jiwa dan raga anda.

Sedikit tertekan, tapi masih mampu tersenyum kambing sbb dalam masa yg same, bisnes name kad yang masih dalam fasa percubaan dan mencari market, sudah mula mnunjukkan hasil. Memang xbanyak hasilnye. Dalam masa 2 minggu dah berjaya dapat lebih kurang RM 2++..Okla bagi peringkat permulaan. Ini bisnes lain cket. Apa yg len?? Hehe..tu kite cter len ari ok..Dan sampai sekarang bisnes ni masih berjalan cuma dah slow sbb mula buat web jualan lak..

Ni la die senyum kambing..

Satu hari, kawan tyme kat matrix dulu kol. Faizzuddin name die. Ajak borak2. Dipendekkan cter, borak pnye borak, tercerita bab bisnes. Dan die bagi idea nak buat company yg handle program latihan dan motivasi. Dan saya dgn idea bisnes saya. Lebih kpd printing. Kesudahannya, ktorang berstuju utk buat partnership company!!

Faisya Proventure

Ya..itulah nama company kami. Asalnya nk pkai proventure enterprise je. Skali ble nk gi register kt SSM xleh daa. Dah ade org len amik. Tula, sape sruh xsurvey dlu..Tyme tu la dok pikir2 pe name len..Las2..Faisya Proventure!! Agk2 la, msti korang pun tau pe psal Faisya kan? hehe..

Ketika tggu current account yg dibukak kt CIMB siap dibuat (lbey kurg seminggu), tiba2 dtg idea nk wat kdai buku secara online! Idea tu saya bgtau kt Faiz. Dan die berstuju utk same2 jayakan idea tu smntara mnggu current account siap..

Kaji dan mula belajar..satu demi satu..bukak balik buku2 dan modul2 irfan khairi yg dapat masa gi kursus die kt KL bulan 5 aritu. Dan spjg tempoh pncarian dan pmbelajaran itulah, trbukak biji mata tentang perniagaan internet di Malaysia, x kurang hebatnya. Ramai dah usahawan2 berjya. Dan yg paling buat saya TERKEJUT BERUK..salah seorang usahawan internet berjya yg femes dan kian meningkat naik ialah..

AMMAR ZAHAR!!

Ammar Zahar..

Jumpa die kat cni: http://perniagaaninternet.com/blog/..Nape saya trkjut?? Kalo nak tau, die ni, adalah junior masa tyme kt skola menengah dulu!! Waduh2.. die tgh study lg, tapi dah berjaya buat duit dgn 5 angka tiap bulan. Mana x tercabar!!

Mula2 cm xcaya. Pelanduk 2 serupa kot. Try bg emel. Tanya btol ke ni ammar yg saya kenal tu. Hampa. Xde balasan. Lantakla.. Until one day, saya dapat sebuah ebook percuma hasil tulisan ammar zahar. Dan dalam ruang pengenalan, dari apa yg diceritakan tentang siapa die..SAH!! Memang ni la budaknya..Sekarang dah berjaya..waduh2..Dan dlm masa yg same, saya mula tercabar, utk menyaingi die. Bukan utk hapuskan die, tp sbg penanda aras utk kejayaan kelak. Sangat berharap agar dapat jugak kontek die, tapi bkan sbg usahawan, tp sbg org yg dknali masa kt skola,haha!!

Tapi, saya bknla usahawan internet spenuh masa. Itu bukan target saya. Target saya, dan Faiz..

MENJADI DUO USAHAWAN JUTAWAN MENJELANG 2014!!

Usahawan-banyak bidang nak ceburi. Mula satu per satu. Langkah demi langkah. Semoga, impian kami ini akan tercapai, insyaAllah..Sbg peringatan, kami saling mengingatkan, buat sesuatu tu, biarlah demi keredhaan Allah. Itu yg paling penting. Jgn sampai tersesat dek kerana terlalu taksub mncapai kjayaan yg belum tntu diberkati dan diredhai Allah..

Berbalik kpd web jualan ni, skrg ni web ni bkn sebuah kdai buku online semata2. Ada jugak barang2 digital dan juga fizikal yg len. Kami mengambil pendekatan Affiliate dlm usaha membina web ini. Harapan saya, bile dah dilancarkan nnti, rakan2 sekalian dapatla memberi komen dan pandangan, agar mana yg kurang, boleh saya baiki dari masa ke semasa. Dan saya juga berharap, web ini bukan utk kepentingan saya sahaja, malah mampu dimanfaatkan kpd semua orang. Kepada pembeli, penjual, mahupun pelayar web..Senang citer sume2 la,hehe..

Ok..setakat itu sahaja arini..nak siapkan web balik..touch up cket2, dan tggu masa utk dilancarkan!! Rasanya..esok luse dah bleh launch ni..xsabar menunggu respon dari kawan2..Dan satu lagi tentang web jualan ni..Saya buat web ni tanpa menggunakan Dreamweaver atau NVU sbb saya masih belum ckup mesra alam dgn sofwer2 tu, yg dah diiktiraf oleh pereka2 web sekalian..hehe..Nnti dah siap, saya bgtau sofwer ape yg saya gunakan..ok guys..

Selamat Berpuasa!! Banyakkan amalan!! Semoga apa yg kita hajatkan di sepanjang bulan Ramadhan al-Mubarak ini dimakbulkan oleh Allah, insyaAllah. Ameen..




1 comments:

Anonymous September 27, 2009 at 9:53 PM  

did u launch ur website already? im waiting.

Post a Comment

Aku, Blog, Bisnes dan dot dot dot

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Sekadar sebuah medium untuk cetusan idea, luahan pemikiran, perkongsian maklumat dan apa sahaja yang terlintas di kepala dan hati. Mungkin juga untuk merekod perjalanan kehidupan, menuju titik kejayaan. (Pergh ayat xnak gempak,hee) Kesimpulannya...aku nak jadi jutawan!! Haha..Dan berjaya dunia & akhirat, insyaAllah..Now, let's go!!