Showing posts with label Sembang2. Show all posts
Showing posts with label Sembang2. Show all posts

Web oh web…

Assalammualaikum dan selamat pagi..

Hee..kembali memulakan kerjaya di blog sebagaimana dijanjikan..eh2..kerjaya mendatangkan duit..ni xde..so..memulakan kembali aktiviti berblogging yang masih baru dlm diri ku ini..haha..

Siang tadi sempat la jugak gi Melaka International Bowling Centre(MIBC) utk tgk Bowling World Cup 2009. Dtg pon dah petang, masuk lak nk kena byr RM10. Nak masuk rase x berbaloi lak, sbb cm dh lambat. Kang masuk kejap, dah habis. Jadi tengok je la dari luar. Tak sempat tgk Safiyah main, melepas. Haha..

Photo 0157 Photo 0155

Tengok dari luar je..hehe..

gedungsiber.com…bermulanya sebuah kisah..

Ok..hari ni nak cerita pasal website gedungsiber.com yang telah saya hasilkan hari tu. Kalau diikutkan, web tu dah pon siap pada 11 September 2009. Tapi hanya kawan-kawan terdekat je yang dibagitau tentang pelancaran web tu. Masa tu nak kumpul feedback, dan mintak pandangan rakan2 yang pakar dlm bina website ni bagi komen untuk penambahbaikan. Ni adalah hasil website tersebut pada peringkat awal dulu..

dulu

gedungsiber.com peringkat awal menggunakan Coffeecup VSD

Masa ni, software yang digunakan adalah Coffeecup Visual Site Designer. Memang x dinafikan, software ni sangat mudah digunakan untuk membina website. Anda hanya perlu drag & drop apa sahaja yang anda inginkan untuk website anda. Tidak perlu tahu coding2 ni. Sebelum ni saya gunakan NVU dan Dreamweaver untuk cuba bina website. Tapi bile jumpa software ni, saya terus cuba dan itulah hasilnya! Betul2 What You See Is What You Get(WYSIWYG).

cfc

Paparan dalam software Coffeecup VSD

Hampir sebulan lebih saya guna software ni untuk uruskan website gedungsiber. Tapi lama-kelamaan, baru saya perasan konsep web yang saya bangunkan ni x berapa sesuai jika diurus menggunakan Coffeecup Visual Site Designer. Untuk makluman, web gedungsiber.com ini adalah sebuah website yang menempatkan pelbagai koleksi ebook dan produk digital untuk dijual(ada sesetengahnya PERCUMA! ). Ini bermakna, web ni perlu dikemaskini selalu. Tambah produk baru, buang produk yang dah x dijual, iklan2 dan sebagainya. Payah woo kalau pakai software Coffecup ni. Semuanya kena diuruskan satu demi satu. Kalau ade produk baru contohnya, kena letak satu ruang untuk bagitau tentang kedatangan produk ni. Pastu kat page ‘kategori’ produk, kena update jugak. Produk yang baru dtg ni tadi kena susun baik2, kasi boleh muat dlm page ‘kategori’ yang dah siap sebelum ni. Ek korang paham x??

Hm senang citer camni la..bagi saya, software ni sangat sesuai digunakan untuk website yang x perlu update sentiasa. Contohnya, minisite jualan[ Klik untuk lihat contoh minisite jualan]. Jarang orang update minisite jualan. Diorang buat site, letak info atau maklumat penting yang perlu, kemudian tinggalkan. Settle! Website yang macam tu mmg sesuai guna software Coffeecup ni. Lebih2 lagi korang leh bebas wat apa saja bentuk website dengan software ni. Untuk tarik perhatian pelanggan, kena la cantik-menarik-tertarik daBoom kan?? Hee jadi cadangan saya, pada mereka yang nak buat minisite jualan, gunakan kreativiti anda sebebasnya untuk membina sebuah minisite yang GEMPAK dan POWER dgn software Coffeecup ni.

Dah kalau software Coffeecup VSD ni x sesuai, pakai ape plak??

X lame selepas tu, saya pon dok study kt pakcik Google dan macam2 jenis forum, semata-mata untuk tau pe kebenda la yg paling sesuai digunakan untuk bina web gedungsiber.com tu. Dan akhirnya, saya dikenalkan dengan ‘Joomla!’!!

Pebenda tu Joomla! ?

JoomlaLogo-main_Full

Saya pun memang xtau pape pasal Joomla! asalnya. Stat2 belajar pasal dunia perniagaan internet ni, dikenalkan dengan Blogspot, Wordpress, pastu software2 cam NVU, Dreamweaver, Coffecup VSD, dan sekarang Joomla!. Dah pernah dgr dah dulu2, tapi mana amik kisah. Sekarang ni baru ada kesempatan nak guna. Hee..

Joomla! ni adalah sebuah Sistem Pengurusan Kandungan(Content Management System, CMS) yang amat popular dan terbaik pada masa kini. Mempunyai pelbagai komponen dan modul tambahan yang sentiasa dikemaskini. Dengan Joomla!, kita boleh mencipta dan membangunkan sesebuah website dengan cepat, mudah, dan teratur. Orang yang x tahu bina website, coding, HTML dan yg sewaktu dengannya (macam saya) pun boleh buat website selepas belajar guna Joomla!, dengan syarat!…Anda mesti rajin belajar, rajin bertanya, dan jangan mudah putus asa…

Haha..walaupun saya cakap mudah, tapi bukanlah semudah yang disangka. Maksud mudah tu, lepas dah belajar pasal Joomla!, nak buat website sekarang ni bukan lagi satu masalah bagi saya. Masa mula2 belajar dulu, rasa cam nak hentak kepala pon ade. Almaklumlah, kadang2 tu masuk la mana2 forum berkaitan utk tanya pasal Joomla!. Yg sakit pale tu bile diorang kasi penyelesaian dengan coding!! OH BULAN..eh silap2..Oh tidak!!! Mana tak nye, saya ni pantang cket tgk coding2 ni. Sakit jiwa dibuatnya.. Tapi dek kerana nak jugak belajar, cari penyelesaian demi penyelesaian sepanjang bina website dgn Joomla!. akhirnya berjaya jugak..Alhamdulillah..dan utk pengetahuan, saya memang xtau psl coding masa buat website guna Joomla! ni. Sampai la skrg. Ilmu berkaitan bina website dgn Joomla! yang ada pada saya, memang x libatkan coding. Ade pun, sikit2 je..

Oklah.. Dah panjang lebar citer ni..nanti bersambung dgn mcm2 lagi citer menarik, sebagiamana yang dijanjikan dlm post sebelum ni..hee

Jangan lupe jenguk2 web gedungsiber.com ok? Masih dalam penambahbaikan. Sebarang komen dan pandangan amat dialu-alukan..

Selamat malam..


Dari saya yg masih belajar dan terus belajar..


Wassalam..




Bookmark and Share

Comeback!!!

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua..

Adoiyai..lame bebeno blog ni x di update. Macam2 masalah..tapi bermula hari ini, 17 November 2009..blog Entrepreneur's Soul kembali menerjah!! Haha..xde2. Bukan nak terjah sape2..cuma dengan layout baru, semangat baru, info2 terbaru..akan ku update blog ini dengan pelbagai cerita dan info menarik..yang hendak dikongsi bersama..


"Tahniah..selamat kembali berblogging."

Tapi bukan dlm post kali ini..post kali ni sekadar review je ape nak dicerita selepas ni..Antara yang menarik..

--> pengalaman ke Beijing- pengalaman dan idea yang mungkin boleh dibawa untuk perniagaan berkaitan pelancongan.

--> idea perniagaan yang hendak dilaksanakan, tapi terhenti sebab...

--> aku, bisnes makanan dan Mydin?? Hmm...

--> dan mcm2 lagi ar..hee

Dan sebelum tu, nak dimaklumkan..website yang dijanjikan spt dlm post sblm ni(dh bape lame pnye post daaa..) akhirnya siap..Nak tau cmna pelaksanaan web tu?? Tunggu je, nanti cerita..hee..usha dan bagi komen ok?

http://gedungsiber.com/

Ok semua..nantikan berita terkini hiburan sensasi..haha..see u soon..


Bookmark and Share

Kembali setelah lama menyepi...


Salam Ramadhan...sedar x sedar, dah mula masuk ke 15 malam terakhir Ramadhan. Tu pun perasan beberapa hari lepas bile imam kt surau baca doa tyme solat witir satu rakaat..

Alamak, dah lame lak x update blog ni. Bukan pe, bz cket. Dlm smggu ni, tgh buat sebuah website jualan..Ahah..tinggal cket je lagi nak siap. Maybe esok atau luse, dah bleh launch. So, tunggu dan lihat..hehe..

Sedikit review tentang website ni. Eh xnak la. Nak banyak review, bermula dari awal yang mencetuskan idea ni,haha. Xkire, korang nak dgr ke x, baca je k. Dah lame x updtae, so kena la tulis pjg cket..hehe..

Actually konsep web jualan ni lebih macam sebuah kedai buku secara online. Ni sume gara2 aritu bersemangat gler nak bukak kedai buku kat Mydin MITC lepas habis study, tapi nampaknya ia suatu idea yg trpaksa ditangguhkan dulu atas beberapa masalah, termasuklah masalah kewangan..hee..

Mydin MITC Melaka..tgk bnyk lot kdai kosong dlm tu..tapi apekan daya..ongkosnya xde..

Then sibuk memohon kerja sana sini, intervew di beberapa tempat, rezeki masih xde. Rakan2 lain ramai dah mula bekerja, dan ada yang dah mula bercerita pahit manis alam pekerjaan. Tahniah kpd mereka2 yg dpt kerja yg seswai dgn jiwa dan raga anda.

Sedikit tertekan, tapi masih mampu tersenyum kambing sbb dalam masa yg same, bisnes name kad yang masih dalam fasa percubaan dan mencari market, sudah mula mnunjukkan hasil. Memang xbanyak hasilnye. Dalam masa 2 minggu dah berjaya dapat lebih kurang RM 2++..Okla bagi peringkat permulaan. Ini bisnes lain cket. Apa yg len?? Hehe..tu kite cter len ari ok..Dan sampai sekarang bisnes ni masih berjalan cuma dah slow sbb mula buat web jualan lak..

Ni la die senyum kambing..

Satu hari, kawan tyme kat matrix dulu kol. Faizzuddin name die. Ajak borak2. Dipendekkan cter, borak pnye borak, tercerita bab bisnes. Dan die bagi idea nak buat company yg handle program latihan dan motivasi. Dan saya dgn idea bisnes saya. Lebih kpd printing. Kesudahannya, ktorang berstuju utk buat partnership company!!

Faisya Proventure

Ya..itulah nama company kami. Asalnya nk pkai proventure enterprise je. Skali ble nk gi register kt SSM xleh daa. Dah ade org len amik. Tula, sape sruh xsurvey dlu..Tyme tu la dok pikir2 pe name len..Las2..Faisya Proventure!! Agk2 la, msti korang pun tau pe psal Faisya kan? hehe..

Ketika tggu current account yg dibukak kt CIMB siap dibuat (lbey kurg seminggu), tiba2 dtg idea nk wat kdai buku secara online! Idea tu saya bgtau kt Faiz. Dan die berstuju utk same2 jayakan idea tu smntara mnggu current account siap..

Kaji dan mula belajar..satu demi satu..bukak balik buku2 dan modul2 irfan khairi yg dapat masa gi kursus die kt KL bulan 5 aritu. Dan spjg tempoh pncarian dan pmbelajaran itulah, trbukak biji mata tentang perniagaan internet di Malaysia, x kurang hebatnya. Ramai dah usahawan2 berjya. Dan yg paling buat saya TERKEJUT BERUK..salah seorang usahawan internet berjya yg femes dan kian meningkat naik ialah..

AMMAR ZAHAR!!

Ammar Zahar..

Jumpa die kat cni: http://perniagaaninternet.com/blog/..Nape saya trkjut?? Kalo nak tau, die ni, adalah junior masa tyme kt skola menengah dulu!! Waduh2.. die tgh study lg, tapi dah berjaya buat duit dgn 5 angka tiap bulan. Mana x tercabar!!

Mula2 cm xcaya. Pelanduk 2 serupa kot. Try bg emel. Tanya btol ke ni ammar yg saya kenal tu. Hampa. Xde balasan. Lantakla.. Until one day, saya dapat sebuah ebook percuma hasil tulisan ammar zahar. Dan dalam ruang pengenalan, dari apa yg diceritakan tentang siapa die..SAH!! Memang ni la budaknya..Sekarang dah berjaya..waduh2..Dan dlm masa yg same, saya mula tercabar, utk menyaingi die. Bukan utk hapuskan die, tp sbg penanda aras utk kejayaan kelak. Sangat berharap agar dapat jugak kontek die, tapi bkan sbg usahawan, tp sbg org yg dknali masa kt skola,haha!!

Tapi, saya bknla usahawan internet spenuh masa. Itu bukan target saya. Target saya, dan Faiz..

MENJADI DUO USAHAWAN JUTAWAN MENJELANG 2014!!

Usahawan-banyak bidang nak ceburi. Mula satu per satu. Langkah demi langkah. Semoga, impian kami ini akan tercapai, insyaAllah..Sbg peringatan, kami saling mengingatkan, buat sesuatu tu, biarlah demi keredhaan Allah. Itu yg paling penting. Jgn sampai tersesat dek kerana terlalu taksub mncapai kjayaan yg belum tntu diberkati dan diredhai Allah..

Berbalik kpd web jualan ni, skrg ni web ni bkn sebuah kdai buku online semata2. Ada jugak barang2 digital dan juga fizikal yg len. Kami mengambil pendekatan Affiliate dlm usaha membina web ini. Harapan saya, bile dah dilancarkan nnti, rakan2 sekalian dapatla memberi komen dan pandangan, agar mana yg kurang, boleh saya baiki dari masa ke semasa. Dan saya juga berharap, web ini bukan utk kepentingan saya sahaja, malah mampu dimanfaatkan kpd semua orang. Kepada pembeli, penjual, mahupun pelayar web..Senang citer sume2 la,hehe..

Ok..setakat itu sahaja arini..nak siapkan web balik..touch up cket2, dan tggu masa utk dilancarkan!! Rasanya..esok luse dah bleh launch ni..xsabar menunggu respon dari kawan2..Dan satu lagi tentang web jualan ni..Saya buat web ni tanpa menggunakan Dreamweaver atau NVU sbb saya masih belum ckup mesra alam dgn sofwer2 tu, yg dah diiktiraf oleh pereka2 web sekalian..hehe..Nnti dah siap, saya bgtau sofwer ape yg saya gunakan..ok guys..

Selamat Berpuasa!! Banyakkan amalan!! Semoga apa yg kita hajatkan di sepanjang bulan Ramadhan al-Mubarak ini dimakbulkan oleh Allah, insyaAllah. Ameen..




Se pagi di kebun

Dah lama saya x pergi ke kbun yg terletak di Kampung Gapam, Jasin, Melaka. Semenjak dah ada org yg dok kt ctu, jg kebun tu, mmg dah jarang saya gi sane. Klu x, hampir tiap petang kena gi sane. Nak kena kemas semak, bagi makan kt ayam, itik, ikan keli, dan kambing.


Xde la bnyk mana, binatang tu sume, tp seronok tu tetap dirasa even ms mule2 dlu.."alahai, malasnye..". Dah lame2, best mnguruskan sume tu. Mana x seronok. Bile sampai je di kebun, kucing akan dtg mnyambut. Die gesel2 dlu. Tau ko kebulur,hehe..Masuk reban ayam itik, sebising2 nye binatang2 tu, mintak dicampak makanan ler tu. Ayam itik ni bagi mkn dedak je. Tapi bau tempat tu, hee..'Harum' beb. Tapak kasut tu konfem penuh dgn 'bom' dorang. Bila dah lebih setahun wat benda2 ni, dah lali. Dah x kisah sangat. Yg lagi seronok bile tyme kutip telur2 dorang. Ada masa kitorang kutip, ada masa biar je dingeramkan. Siap sedia je la utk dipatuk dek itik yg dok jg telur2 tu,hehe. Itik ni bukan kire, kadang tu bile tgk telur yg dingeramkan tu bkn telur die, telur ayam. Mcm2 hal..

~Sape yg menang dapat dok atas ibu~

Itik2 yg baru nak membesar

Tapi lagi seronok bile dok ngan kambing. Dulu masa kecik2 saya dibgtau supaya jgn jd mcm kambing, busuk sbb x mandi. Tapi la ni, mmg btol kambing ni xmandi, tp nape saya leh x bau busuk?? Ke hidung ni yg ade masalah?? Haha, lantak la..Kambing kt kbun tu adala dlm 30 ekor skrg. Dulu bela utk suke2, bermula dgn bape belas ekor ntah. Skrg dh beranak pinak. Yg besnye, anak2 kambing ni kbanyakan nye jinak2. Tu yg seronok tu. Haa..susah nk ckp seronok cmna. Seronok bile die datang kejar kite tyme bwk rumput, daun atau pallet nk bg dorang mkn. Seronok bile kambing2 ni dtg sandar2 kat kite. Seronok dpt peluk kambing(apekah??haha)!!

Kambing ni nak bergurau lak ye..
Hah kan dah kate x busuk,hehe..

Dah nak masuk musim puase, pastu Raye. Itik lbey kurg 25 ekor dah ade org book. Tggl la kambing je. Kalo ade sape2 nak beli kambing, bgtau la. Harga bleh dirunding,hehe..

CSI Miami..Horatio Dead??!!


Hee..kali ni bercerita psl rancangan penyiasatan terkenal, CSI: Miami..Rabu malam Khamis yg lepas(12/8/2009), misteri tentang kematian watak utamanya, Horatio Caine akhirnye terjawab.


Babak di mana Horatio ditembak

Maybe ramai rakan2 di luar sane yang dah tau tentang cerita tu sblm episod tentang misteri tersebut ditayangkan di AXN(saluran 701 Astro). Actually, saya sendiri dah dpt agak tentang rahsia di sebalik kematian watak utama ni, dan akhirnya tekaan saya itu tepat. Hee nak tau ape kisahnye?? Tanyalah kpd mereka yg tahu,hee...

Tapi apa yg ingin dibincangkan utk post kali ini bukanlah mengenai misteri kematian Horatio, tetapi berkaitan dengan PROMOSI!

Apa yg menarik tentang episod ini adalah daya tarikan yg diberikan kpd para penonton. Saya x pasti berapa ramai yg menonton, tapi daya tarikan ataupun aura yg diberikan melalui siaran iklan babak2 dalam episod tersebut merupakan suatu kaedah utk memancing penonton duduk di depan tv dan menunggu utk menyaksikan episod tersebut. Lihat bagaimana iklan tersebut mengundang pelbagai reaksi dan tanggapan penonton, terutama mereka yg setia dgn rancangan tersebut. Jika sebelum ini mereka seolah-olah tidak kisah jika terlepas mana2 episod cerita tersebut, tetapi kali ini mereka tidak boleh terlepas. Keghairahan utk mengetahui siapa dalangnya, benarkah Horatio mati, kesedihan, dan pelbagai lagi reaksi lagi telah berjaya dicetuskan melalui iklan-iklan tersebut..cuba lihat sebahagian dari iklan tersebut di sini:
http://www.axn-asia.com/videos..ada beberapa lagi iklan yg menarik tentang episod ini, tapi yg ni je jmpa dlm internet..

Begitula penangan PROMOSI yang mantap dan berjaya..begitu juga dengan sesebuah perniagaan. Untuk memastikan sesuatu perniagaan itu berjalan dengan lebih lancar dan memberangsangkan, PROMOSI yang berterusan, mantap, dan melalui saluran yg betul mampu menarik lebih ramai prospek untuk perniagaan kite. Bagaimana utk membentuk promosi yg terbaik? Nanti kita akan bincangkan dari masa ke semasa. Saya pon ingin mendalami lagi teknik PROMOSI yang terbaik. Harap dptlah kita berkongsi-kongsi pandangan terutama bersama mereka2 yg telah berjaya dalam bidang perniagaan kelak..

P/S: Episod ni kalo kt luar negara dh lame main dah, tapi saya sendiri x tau. Just mengikuti yg disiarkan melalui saluran AXN. Dah selesai tgk episod tu, barulah search internet, dan ternyata keghairahan penonton di luar negara utk mengetahui kisah ni dah berlalu hampir setahun yg lepas. Penonton AXN kt Malaysia mcm saya ni je yg baru nk tahu.hehe..

Pergi Tak Kembali...

Hari ini kita semua dikejutkan dgn pemergian seorang lagi insan seni yg sentiasa memperjuangkan industri nasyid sbg medium pendakwahan. Beliau yang dimaksudkan adalah allahyarham ustaz Asri Ibrahim dari kumpulan Rabbani..


Tatkala melihat Buletin Utama di TV3 tadi, sedih dan sayu rasanya. Dapat dilihat rakan-rakan mengangkat beliau ke van( kalo x silap la). Sebelum itu kelihatan beliau yg rebah msih lagi bernyawa, masih terdengar Allahyarham seolah2 susah bernafas..dan akhirnya, beliau menghembuskan nafas yg terakhir di Hospital Pantai.

Pemergian Allahyarham pastinya amat dirasai, terutama kpd para peminat nasyid tanahair. Saya sendiri masih lagi terngiang2 suara Allahyarham melalui lagu2 nasyid dari kumpulan Rabbani seperti Pergi Tak Kembali, Intifada, Di Pondok Kecil dan sebagainya.Ketika sekolah dahulu, saya sendiri memang rajin mendengar lagu2 nasyid termasuklah dari kumpulan Rabbani..

Dan kali ini, tanggal 13 Ogos 2009, beliau benar2 pergi x kembali. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org yg soleh. Marilah bersama-sama kita sedekahkan al-Fatihah kpd Allahyarham..


Bisnes Ku Kerjaya Ku..

hm..

Dah lame betol x update blog ni.
Maklumlah,baru nak berjinak2 dgn dunia blogger ni.
Minat tu lom dtg lg..
Tapi nampaknya skrg minat nak menulis kt blog ni smakin meningkat 2-3 menjak ni.
Mungkin sbb lom ade kerja tetap yg bleh dibuat setakat ni,
so kebosanan tu leh diluahkan dlm blog ni..hehe..


Bisnes Ku Kerjaya Ku..


Tahniah sekali lagi kpd rakan2 yg dh berjaya mndapat kerja tetap.
Terbaru,one of my friend-Salman Tajuddin-akan memulakan kerja di kilang Sony di Bangi sbg Design Engineer (if im not mistaken) minggu depan..dia ni rakan saya yg kedua berjaya lepas interview di Sony dan berjaya diterima bekerja di sana selepas Azriq Izwan aka Cinot,..

Ramai jugak yg skrg join training termasuklah GEMS dan Cubic Electronics.Ok la tu,dpt jugak elaun tiap2 bulan..

Saya???Lom ade rezki lagi..niat di hati mahu smbung belajar lagi.Slagi ade mase dan kesempatan,serta blom ade tanggungjawab yg terlalu besar, mahu meneruskan lagi pengajian. Kalo bleh nk dpt PhD sebelum umur 30.Mustahil ke??Kalu kite yakin dan terus berusaha,insyaAllah, apa yg kita hajati boleh kita kecapi..

Tapi..saya bukan la dok umah goyang kaki jek skrg ni.Skrg sdg mula menceburkan diri dlm bidang perniagaan,bisnes. Memandangkan bisnes ni la yg skrg menjana income saya, so bolehlah dikatakan sbg 'Bisnes Ku Kerjaya Ku'! hehe..Actually, jiwa ni dah lame nak memulakan bisnes, cuma xde kesempatan & modal yang mencukupi. Tapi sekarang, dengan berbekalkan masa yg kosong xde ape nak buat, dan dgn modal permulaan yg bolehlah kate cukup utk start bisnes, so rancangan 'Bisnes Ku Kerjaya Ku' pun BERMULA!!

Bisnes yg sedang saya jalankan skrg ni adalah membuat Name Card. Well, msih dalam proses meneliti kualiti dan servis yg terbaik. Setakat hari ni, berdasarkan feedback dari beberapa target customer di sekitar Melaka dan Penang, ada beberapa perkara lagi yg perlu diperbaiki. So bile dah setel nanti, baru la bisnes Name Card ini akan digerakkan secara habis-habisan!!

Hehe..ok la setakat tu utk hari ni..nanti akan disambung dgn pelbagai lagi benda2 menarik..
Selamat malam..




Segalanya bermula di sini..

Assalammualaikum dan salam sejahtera...


Hm,ni lah 1st post saya utk blog ni.Blog yg akan menjadi titik permulaan kpd saya untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan!! Hehe..

Sudah tiba masanya untuk bertindak setelah beberapa bulan 'beristirahat' tanpa gaji.Asik 'tanam anggur' ja.Sementara berusaha mendapatkan kerjaya pilihan,kenalah jugak buat sesuatu utk memastikan poket bukan pnuh dgn debu dan habuk semata.

Musim mencari kerja...

Kpd kwn2 yg dh bekerja,slmt mnempuh alam pekerjaan(dgn nada penuh kejelesan).hehe xde la.rezeki masing2.janji cari yang halal k guys..

saya ni masih lagi mentah ttg selok belok perniagaan, kire ni baru nk bermula dari bawah la ni. jadi kpd sape2 yg dah ade pengalaman,leh la nnti kite kongsi2,bagi pandangan utk same2 maju kelak..

Bermula dari bawah..tangga2 ke pintu kejayaan adalah terus berusaha

ok..berkenaan dgn bisnes, saya ade satu bisnes nk dijalankan. setelah difikirkan target market, target customer yg difikirkan sesuai, serta mengenali niche bisnes, serta beberapa perkara lain, bisnes yg ingin dijalankan ialah.."Percetakan Name Card"!! ahah.ini bukan sebarang Name Card.bukan Name Card yg biase org wat tu. bukan yg digunakan oleh usahawan2,agen2 MLM,pegawai2,ahli korporat & sebagainya..tp ni specel cket..ape yg specel??kite tggu dan lihat...

Aku, Blog, Bisnes dan dot dot dot

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Sekadar sebuah medium untuk cetusan idea, luahan pemikiran, perkongsian maklumat dan apa sahaja yang terlintas di kepala dan hati. Mungkin juga untuk merekod perjalanan kehidupan, menuju titik kejayaan. (Pergh ayat xnak gempak,hee) Kesimpulannya...aku nak jadi jutawan!! Haha..Dan berjaya dunia & akhirat, insyaAllah..Now, let's go!!