CSI Miami..Horatio Dead??!!


Hee..kali ni bercerita psl rancangan penyiasatan terkenal, CSI: Miami..Rabu malam Khamis yg lepas(12/8/2009), misteri tentang kematian watak utamanya, Horatio Caine akhirnye terjawab.


Babak di mana Horatio ditembak

Maybe ramai rakan2 di luar sane yang dah tau tentang cerita tu sblm episod tentang misteri tersebut ditayangkan di AXN(saluran 701 Astro). Actually, saya sendiri dah dpt agak tentang rahsia di sebalik kematian watak utama ni, dan akhirnya tekaan saya itu tepat. Hee nak tau ape kisahnye?? Tanyalah kpd mereka yg tahu,hee...

Tapi apa yg ingin dibincangkan utk post kali ini bukanlah mengenai misteri kematian Horatio, tetapi berkaitan dengan PROMOSI!

Apa yg menarik tentang episod ini adalah daya tarikan yg diberikan kpd para penonton. Saya x pasti berapa ramai yg menonton, tapi daya tarikan ataupun aura yg diberikan melalui siaran iklan babak2 dalam episod tersebut merupakan suatu kaedah utk memancing penonton duduk di depan tv dan menunggu utk menyaksikan episod tersebut. Lihat bagaimana iklan tersebut mengundang pelbagai reaksi dan tanggapan penonton, terutama mereka yg setia dgn rancangan tersebut. Jika sebelum ini mereka seolah-olah tidak kisah jika terlepas mana2 episod cerita tersebut, tetapi kali ini mereka tidak boleh terlepas. Keghairahan utk mengetahui siapa dalangnya, benarkah Horatio mati, kesedihan, dan pelbagai lagi reaksi lagi telah berjaya dicetuskan melalui iklan-iklan tersebut..cuba lihat sebahagian dari iklan tersebut di sini:
http://www.axn-asia.com/videos..ada beberapa lagi iklan yg menarik tentang episod ini, tapi yg ni je jmpa dlm internet..

Begitula penangan PROMOSI yang mantap dan berjaya..begitu juga dengan sesebuah perniagaan. Untuk memastikan sesuatu perniagaan itu berjalan dengan lebih lancar dan memberangsangkan, PROMOSI yang berterusan, mantap, dan melalui saluran yg betul mampu menarik lebih ramai prospek untuk perniagaan kite. Bagaimana utk membentuk promosi yg terbaik? Nanti kita akan bincangkan dari masa ke semasa. Saya pon ingin mendalami lagi teknik PROMOSI yang terbaik. Harap dptlah kita berkongsi-kongsi pandangan terutama bersama mereka2 yg telah berjaya dalam bidang perniagaan kelak..

P/S: Episod ni kalo kt luar negara dh lame main dah, tapi saya sendiri x tau. Just mengikuti yg disiarkan melalui saluran AXN. Dah selesai tgk episod tu, barulah search internet, dan ternyata keghairahan penonton di luar negara utk mengetahui kisah ni dah berlalu hampir setahun yg lepas. Penonton AXN kt Malaysia mcm saya ni je yg baru nk tahu.hehe..

0 comments:

Post a Comment

Aku, Blog, Bisnes dan dot dot dot

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Sekadar sebuah medium untuk cetusan idea, luahan pemikiran, perkongsian maklumat dan apa sahaja yang terlintas di kepala dan hati. Mungkin juga untuk merekod perjalanan kehidupan, menuju titik kejayaan. (Pergh ayat xnak gempak,hee) Kesimpulannya...aku nak jadi jutawan!! Haha..Dan berjaya dunia & akhirat, insyaAllah..Now, let's go!!