Antara Kerja Makan Gaji dan Menjalankan Perniagaan..


Kerja makan gaji, atau buat bisnes?? Mana pilihan anda??

Walau apa pon jawapan anda, saya pasti anda mempunyai reason tersendiri. Ada yg gemar terus bekerja, xkira sama ada swasta mahupun kerajaan. Ada juga yg gemar menguruskan perniagaan. Semuanya bergantung kpd alasan anda sendiri.

Apa yg saya ingin kongsikan hari ini adalah perbezaan antara kedua-dua pilihan sumber pendapatan ini.


Kerja makan gaji:

Kerja yg dilakukan dgn bekerja di sesebuah syarikat, perniagaan, perseorangan dan yg sewaktu dgnnya. Biasanya terbahagi kpd dua, iaitu bekerja dgn agensi kerajaan, ataupun swasta. Bagi masyarakat kita, biasanya sudah terdapat stigma ataupun 'mindset' tentang kedua-dua bidang pekerjaan ini.

Bagi swasta, kebanyakan masyarakat kita maklum bahawa gaji yg ditawarkan adalah lebih tinggi berbanding kerja kerajaan. Malah, perkhidmatan yg disediakan di tempat kerja juga adalah lebih baik, lebih kondusif, serta mempunyai sistem yg lebih efisien.

Bagi kerajaan pula, walaupun gaji yang ditawarkan adalah rendah, tetapi, kakitangan kerajaan mendapat pelbagai faedah dan kemudahan. Malah, kerja kerajaan juga dikatakan lebih terjamin utk tempoh masa panjang. Walaupun gaji nya tidak sebanyak swasta, namun gaji kerja kerajaan tidak akan turun.

Begitula serba sedikit tentang stigma masyarakat kita tentang kerja makan gaji pada masa kini. Mungkin ada yg betol, mungkin juga ada yg salah. Kalau nk dibincangkan lebih lanjut, memang xhabis punyela. Tu blom lagi masuk bab servis kpd pelanggan, kebajikan pekerja, disiplin tempat kerja, dan lain2 lagi la. Tapi kali ni saya bukan nk bincangkan baik buruk kerja swasta atau kerajaan. Cuma sekadar berkongsi pandangan tentang kerja makan gaji berdasarkan pengalaman dan pengetahuan sendiri.

Berdasarkan pemerhatian saya, ramai rakan2 yg baru tamat pengajian akan berusaha utk mendapatkan pekerjaan. Yela, siapa yg sanggup 'tanam anggur' lame2. Jadi bermula lah episod baru kpd kami-Job Hunting!(kecuali kpd mereka yg ingin meneruskan pengajian ke tahap yg lbih tinggi).

Daftar ke JobStreet, Jobsdb dan sebagainya. Ada yg cari di akhbar2. Ada yg dpt offer dari sedara mara. Dan mcm2 lagi. Saya sendiri dah apply beberapa bidang pekerjaan sebaik sahaja tamat pengajian. Antara yg dipanggil utk interview ialah utk jawatan sbg LEGO Builder, iaitu perekabentuk model LEGO utk projek LEGOLAND di Wilayah Pembangunan Iskandar. Selain tu ade jugak dpt intervew beberapa company di skitar Selangor, tapi xgi pon. Haha, memilih.( Pesanan saya, jgn memilih sgt kerja kalo rase xnk menganggur lame2, melainkan anda mempunyai rancangan lain). Last sekali haritu, gi Ujian Khas Pegawai Tadbir Diplomat. Xtau la dpt ke x. Ade rezki, bgsla..Tapi hati ni, sbenarnya lebih berat utk meneruskan bisnes...

Keratan akhbar Star(11 Julai 2009)-Posing kena baik,hehe


Perniagaan:

Bagi sesetengah org, mereka x gemar utk bekerja di bawah org lain selamanya. Ada juga yg mahu merasai sendri pengalaman menguruskan wang pendapatan yg msuk tiap2 ari. Ada juga yg mahukan cabaran, mahu berdikari. Ada juga yg pantang nmpak peluang buat duit dpn mate, habis diusahakan bg mendapatkan keuntungan maksimum. Dan macam2 jenis org yg akhirnya membentuk diri mereka sbg usahawan.

Usahawan adalah individu yg secara aktifnya membentuk atau mengetuai sesuatu perniagaan dan mengembangkannya sehingga ke satu tahap yg membanggakan!! Haha..memandai je buat takrifan sendiri..ok..berdasarkan buku Fundamental of Entrepreneurship(buku teks subjek Entrepreneurship tyme kt U dulu), Entrepreneurs are individuals who actively form or lead their own businesses and nurture them for growth and prosperity.Haa, ade faham?? Faham2 kan la ye,hehe...

Dalam dunia bisnes arini, di zaman teknologi yg kian pesat membangun, aktiviti perniagaan adalah sumber yg mampu menjana kekayaan dgn pantas dan mampu menghasilkan pulangan yg maksimum!!! JIKA... anda tahu caranya. Nak berniaga, xleh sebarang2 bro. Banyak perkara nak kena kaji dulu sblm jalankan perniagaan.

Ada sesetengah usahawan memulakan perniagaan apabila nampak peluang di depan mata. Ada sesetengah yg lain memikirkan hanya berniaga sahaja peluang yg dia ada utk menjana wang. Walau apa pun yg menyebabkan anda ingin menceburi dunia keusahawanan, kaji dahulu sebaiknya idea perniagaan anda itu. Samada berbentuk penjualan produk ataupun servis, kedua-duanya memerlukan penelitian terlebih dahulu. Berikut adalah 3 langkah utama yg perlu dikenalpasti terlebih dahulu sebelum memulakan bisnes:

  1. Kenalpasti permintaan/kemahuan pelanggan.
  2. Dengan keadaan persekitaran dan kemampuan anda, kenalpasti peluang2 perniagaan yg difikirkan mampu dijalankan.
  3. Pilih peluang perniagaan, dan mula jalankan Business Plan anda.
Jika perlu, fikirkan juga utk menjalankan perniagaan anda itu secara ONLINE. Kita akan bincangkan dgn lebih lanjut tentang Perniagaan Internet pada masa akan datang.

Pilihan saya??

Hm..kalo saya..ade rezki nk buat dua2. Makan gaji pon ye, bisnes pon ye. Dua2 jalan. Income pon masyuk,hehe..Sekadar berkongsi pandangan dgn anda..Anda bagaimana??Hee..smoga berjaya!!


2 comments:

SEN August 17, 2009 at 2:20 AM  

saya juga seperti saudara, ingin melakukan kedua-dua perkara tersebut jikalau ada rezeki.

p/s: syafiq, aku nak pinjam duit jap, nak bukak bisnes :P

syafiqtaib August 17, 2009 at 12:19 PM  

hee..nak bukak bisnes pe?bgsla tu..saya pon masih baru dlm bidang bisnes2 ni. Klu ade peluang nnti bleh la kite saling tolong-menolong..

Post a Comment

Aku, Blog, Bisnes dan dot dot dot

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Sekadar sebuah medium untuk cetusan idea, luahan pemikiran, perkongsian maklumat dan apa sahaja yang terlintas di kepala dan hati. Mungkin juga untuk merekod perjalanan kehidupan, menuju titik kejayaan. (Pergh ayat xnak gempak,hee) Kesimpulannya...aku nak jadi jutawan!! Haha..Dan berjaya dunia & akhirat, insyaAllah..Now, let's go!!