Selamat Datang Ramadhan..Apa Rancangan Anda??

Assalammualaikum dan salam sejahtera...


Tinggal beberapa hari sahaja lagi utk kita semua mula berpuasa Ramadhan. Mlm ni pastinya ramai yg akan dok depan tv menunggu pengumuman berpuasa dari pakcik penyimpan mohor besar raja2..hee

Bersempena bulan Ramadhan yg bkl menjelang tiba ini, bersama-sama lah kita menggunakannya utk memperbanyakkan lagi amal ibadah kita. Peluang yg datang setahun sekali ini haruslah dimanfaatkan sebaiknya. Kalau kita sebelum ini sibuk dgn kerja dan urusan2 lain, inilah masanya utk kita gunakan masa yg ade utk 'menyibukkan' diri mengabdikan diri kpd Allah.

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang:

"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Hadis-hadis di atas menerangkan tentang kelebihan yg disediakan kpd mereka2 yg sanggup mengutamakan urusan kpd Allah berbanding urusan dunia. Jika sebelum ini kita sibuk mengejar kekayaan dunia, maka gunakanlah kelebihan yg diberikan oleh Allah pada bulan Ramadhan ini utk membuat pelaburan di akhirat kelak.

Berniaga Sambil Beramal


Bulan Ramadhan bulan beramal
Beramal utk mencari berkat
Sambil berniaga sambil beramal
Pelaburan dunia, juga akhirat

X dinafikan, bulan Ramadhan adalah bulan yg penuh rahmat dan berkat. Malah, limpahan rezeki juga melimpah ruah. Lihat sahajalah bagaimana para peniaga menggunakan kesempatan di bulan Ramadhan ini utk memperbanyakkan sumber pendapatan mereka. Dgn jualan juadah berbuka puasa pada sebelah petang, berniaga menjual pelbagai jenis barangan pada sebelah malam di bazaar, perniagaan kad raya, dan bermacam-macam lagi peluang perniagaan. Itulah sebenarnya limpahan rezeki yg Allah kurniakan kpd kita di bulan Ramadhan, yg mana kadangkala kita sendiri tidak menyedarinya.

Pasti ada rakan2 dan para pembaca sekalian yg mempunyai rancangan tersendiri utk berniaga pada bulan Ramadhan ini. Baguslah kalau begitu. Sememangnya digalakkan menggunakan ruang yg ada utk meningkatkan sumber pendapatan.

Saranan saya, dlm keghairahan kita mengejar segala peluang rezeki yg ada bulan Ramadhan ini, jgnla pula kita meninggalkan perkara-perkara wajib, di samping memperbanyakkan amalan2 sunat. Dan lebih baik, jika kita niatkan, sebahagian dari hasil keuntungan perniagaan yg kita jalankan di bulan Ramadhan yg mulia ini, disalurkan utk tujuan kebajikan, sperti kepada rumah anak-anak yatim, atau kpd sesiapa sahaja yg memerlukan. Bukankah lebih manis begitu? Sambil menyelam minum air, sambil berniaga kita beramal.

Renung2 kan, dan selamat beramal!


SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN KPD SEMUA RAKAN2 DAN PEMBACA SEKALIAN..

0 comments:

Post a Comment

Aku, Blog, Bisnes dan dot dot dot

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Sekadar sebuah medium untuk cetusan idea, luahan pemikiran, perkongsian maklumat dan apa sahaja yang terlintas di kepala dan hati. Mungkin juga untuk merekod perjalanan kehidupan, menuju titik kejayaan. (Pergh ayat xnak gempak,hee) Kesimpulannya...aku nak jadi jutawan!! Haha..Dan berjaya dunia & akhirat, insyaAllah..Now, let's go!!