Bisnes Ku Kerjaya Ku..

hm..

Dah lame betol x update blog ni.
Maklumlah,baru nak berjinak2 dgn dunia blogger ni.
Minat tu lom dtg lg..
Tapi nampaknya skrg minat nak menulis kt blog ni smakin meningkat 2-3 menjak ni.
Mungkin sbb lom ade kerja tetap yg bleh dibuat setakat ni,
so kebosanan tu leh diluahkan dlm blog ni..hehe..


Bisnes Ku Kerjaya Ku..


Tahniah sekali lagi kpd rakan2 yg dh berjaya mndapat kerja tetap.
Terbaru,one of my friend-Salman Tajuddin-akan memulakan kerja di kilang Sony di Bangi sbg Design Engineer (if im not mistaken) minggu depan..dia ni rakan saya yg kedua berjaya lepas interview di Sony dan berjaya diterima bekerja di sana selepas Azriq Izwan aka Cinot,..

Ramai jugak yg skrg join training termasuklah GEMS dan Cubic Electronics.Ok la tu,dpt jugak elaun tiap2 bulan..

Saya???Lom ade rezki lagi..niat di hati mahu smbung belajar lagi.Slagi ade mase dan kesempatan,serta blom ade tanggungjawab yg terlalu besar, mahu meneruskan lagi pengajian. Kalo bleh nk dpt PhD sebelum umur 30.Mustahil ke??Kalu kite yakin dan terus berusaha,insyaAllah, apa yg kita hajati boleh kita kecapi..

Tapi..saya bukan la dok umah goyang kaki jek skrg ni.Skrg sdg mula menceburkan diri dlm bidang perniagaan,bisnes. Memandangkan bisnes ni la yg skrg menjana income saya, so bolehlah dikatakan sbg 'Bisnes Ku Kerjaya Ku'! hehe..Actually, jiwa ni dah lame nak memulakan bisnes, cuma xde kesempatan & modal yang mencukupi. Tapi sekarang, dengan berbekalkan masa yg kosong xde ape nak buat, dan dgn modal permulaan yg bolehlah kate cukup utk start bisnes, so rancangan 'Bisnes Ku Kerjaya Ku' pun BERMULA!!

Bisnes yg sedang saya jalankan skrg ni adalah membuat Name Card. Well, msih dalam proses meneliti kualiti dan servis yg terbaik. Setakat hari ni, berdasarkan feedback dari beberapa target customer di sekitar Melaka dan Penang, ada beberapa perkara lagi yg perlu diperbaiki. So bile dah setel nanti, baru la bisnes Name Card ini akan digerakkan secara habis-habisan!!

Hehe..ok la setakat tu utk hari ni..nanti akan disambung dgn pelbagai lagi benda2 menarik..
Selamat malam..




0 comments:

Post a Comment

Aku, Blog, Bisnes dan dot dot dot

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Sekadar sebuah medium untuk cetusan idea, luahan pemikiran, perkongsian maklumat dan apa sahaja yang terlintas di kepala dan hati. Mungkin juga untuk merekod perjalanan kehidupan, menuju titik kejayaan. (Pergh ayat xnak gempak,hee) Kesimpulannya...aku nak jadi jutawan!! Haha..Dan berjaya dunia & akhirat, insyaAllah..Now, let's go!!