Dr. Irfan Khairi..Membuka mata dan minda tentang perniagaan internet..

ik-casual

Dr. Irfan Khairi merupakan jutawan internet yg terkenal di Malaysia. Dan saya mula mengenali beliau apabila mengikuti Program Ketrampilan Graduan 2009 yg diadakan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka(UTeM).

Ketika itu saya tidak kenal sgt siapa Irfan Khairi ni. Tahulah, dia jutawan internet. Tapi yg istimewa sgt dia ni??

Akhirnya, sebaik sahaja melangkah ke dewan UTeM 1, saya dapati, insan yg bergelar Jutawan Internet ini berbadan kecil,tapi sgt petah berbicara. Malah tutur bicaranya sgt senang utk didengar. Tapi bukan itu yg membuka mata saya tentang perniagaan internet, tetapi maklumat dan informasi yg beliau sampaikan!!

Slot pertama bersama beliau adalah tentang motivasi diri utk berjaya. Banyak analogi yg disampaikan dan kesemuanya masuk dek akal fikiran. Bukan omong2 kosong semata. Pengalaman beliau tentang jtuh bangun beliau dlm industri tersebut, membuka mata saya bahawa utk mngecapi sesebuah kjayaan, pelbagai kpahitan harus ditempuhi trlebih dahulu. Yg paling penting, jgn sesekali putus asa!!

Slot kedua, barulah beliau menerangkan tentang dunia perniagaan internet. Saya langsung x menyangka begitu banyak cara utk mendapatkan duit melalui internet. Yela, biasanya, saya hanya melayari internet cari maklumat utk assignment, bukak facebook, friendster, then ‘menyedut’ games, sofwer, dan movies dari pelbagai sumber. Secara ringkasnya, menurut beliau, terdapat 3 cara utama utk mndapatkan duit melalui internet, iaitu:

  • melalui iklan
  • program affiliate
  • menjual barang atau servis

Dan bermula dari hari itu, semangat keusahawanan ni bertambah2, apetah lagi apabila dah tahu tentang lubang mencari duit yg baru!! Perniagaan Internet!!

Tapi, saya sangkakan ianya semudah yg diceritakan. Beliau ade berpesan, bukan senang sebenarnya utk dia bergelar jutawan, cuma, jika kita teruskan belajar, tekun berusaha, rajin bertanya, insyaAllah, apa yg dicita-citakan pasti tercapai.

1_903740290l

Bergambar kenangan(dari kiri): SyakurFakhri, Syauqi(Aki), Dr. Irfan Khairi, saya, dan Muhammad(watdet)

Sepanjang tempoh itu, sedikit sebanyak saya mula belajar tentang selok belok perniagaan internet. Tapi kalau diikutkan, saya betol2 mula stat belajar dgn tekun dan fokus(chewah!!)adalah bermula dari minggu lepas. Kira masih mentah lg la. Nanti, jika ada masa, saya akan kongsikan bersama pengetahuan2 yg xberapa banyak ni bersama-sama.





0 comments:

Post a Comment

Aku, Blog, Bisnes dan dot dot dot

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Sekadar sebuah medium untuk cetusan idea, luahan pemikiran, perkongsian maklumat dan apa sahaja yang terlintas di kepala dan hati. Mungkin juga untuk merekod perjalanan kehidupan, menuju titik kejayaan. (Pergh ayat xnak gempak,hee) Kesimpulannya...aku nak jadi jutawan!! Haha..Dan berjaya dunia & akhirat, insyaAllah..Now, let's go!!