Tanggapan salah tentang perniagaan internet

Salam 2 Ramadhan..

Amacam semua, masih bertenaga utk menjalankan aktiviti spt biasa walaupun berpuasa dlm panas terik?? Hehe..mstila boleh kan. Wajib tu..

Okla..Hari ni jom kita berkongsi lagi tentang perniagaan internet. Apa yg ingin saya kongsikan hari ini adalah berdasarkan hasil pembacaan dan pemerhatian saya. Buku rujukan pertama saya berkaitan perniagaan internet adalah buku Rahsia Jutawan-jutawan Internet Terbongkar oleh Dr. Irfan Khairi. Selain itu blog2 usahawan2 internet spt Blog Informasi KampungBoy dan Blog Smartzul banyak membantu utk mempelajari teknik2 yg saya xpernah tahu sebelum ini yg mampu menjana duit secara online.



Sebelum saya pergi lebih jauh, bagi mereka yg belum menceburi bidang perniagaan internet ini dan merasakan leceh atau susah sgt nk jalankan perniagaan menggunakan internet, ingin saya perbetulkan beberapa tanggapan salah mereka dahulu.

>>Saya perlu duduk menghadap internet 24 jam sehari bagi menjalankan perniagaan internet.

Tidak perlu. Anda hanya perlu meluangkan beberapa jam sahaja di hadapan komputer bagi menjalankan perniagaan anda di internet. Mungkin pada peringkat awal banyak masa yg anda gunakan terutama utk setup web anda dan memahami selok belok perniagaan secara online itu sendiri. Tetapi apabila semuanya sudah difahami dan sistem perniagaan anda sudah berjaya dipasang, anda tidak perlu lagi bersengkang mata utk berniaga di internet. Dengan bantuan sistem spt autoresponder, perniagaan anda tetap berjalan 24 jam walaupun ketika anda sedang enak diulit mimpi indah..


>>Saya perlu belajar bahasa pengaturcaraan spt HTML utk buat laman web

Hm skrg dunia dah maju, software2 pon dah banyak yg sgt mudah digunakan utk buat laman web. X perlu belajar HTML ni, tapi kalo tau cket2 lg bgus,hee. Banyak perisian yg anda boleh gunakan utk buat website tanpa perlu belajar HTML, contohnya Dreamweaver, NVU, dan yg terbaru saya jumpa ialah CoffeeCup Visual Site Designer. Lagi mudah, lagi senang. What You See Is What You Get! Dengan erti kata lain, apa yg anda nampak dan design utk web anda menggunakan software ni, itulah yg akan terpapar di browser anda nanti. Nah, kan x susah utk bina laman web anda sendiri.


>>Berjuta weh laman web kat dunia ni. Sure susah nk bagi org jumpa website saya!

Yup, memang btol berjuta-juta beb website kat dunia ni. Tapi kalau kite pelajari teknik yg btol, promosi yg mantap, menggunakan saluran yg tepat, dan usaha yg berterusan, x mustahil utk menjadikan website kite terpampang di page pertama Google search!


>>Perniagaan internet membolehkan saya jadi jutawan segera!! Haa, dah macam skim cepat kaya!!

Salah tanggapan ni. Perniagaan internet juga sama seperti perniagaan2 yg lain. Tidak menjanjikan pulangan yg lumayan dalam kadar yg segera JIKA anda tidak mempunyai pengetahuan dan perancangan yg baik utk menjalankan perniagaan ini. Namun begitu, jika anda menggunakan teknik yg betul, tidak mustahil utk anda berjaya mendapatkan pulangan yg sangat lumayan!!

Walau apa pun yg anda usahakan, ingatlah pepatah ku utk hari ini(chewaah!!):


"Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah"


Kesenangan tidak akan datang bergolek melainkan kita terus berusaha dan sanggup berkorban xbanyak pun, sedikit masa dan tenaga pun jadilah.

Okla. Saya rasa itu saja yg saya nk kongsikan ptg ni. Nanti kita akan sambung lagi ok?? Wait for me..hehe..

Selamat berpuasa dan selamat berbuka!!





0 comments:

Post a Comment

Aku, Blog, Bisnes dan dot dot dot

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Sekadar sebuah medium untuk cetusan idea, luahan pemikiran, perkongsian maklumat dan apa sahaja yang terlintas di kepala dan hati. Mungkin juga untuk merekod perjalanan kehidupan, menuju titik kejayaan. (Pergh ayat xnak gempak,hee) Kesimpulannya...aku nak jadi jutawan!! Haha..Dan berjaya dunia & akhirat, insyaAllah..Now, let's go!!