Review Bazaar Taman Tasik Utama

Salam Ramadhan..

Semalam selesai sudah kita berpuasa utk hari pertama dalam bulan Ramadhan. Sebagaimana yg dijanjikan, saya akan bagi review sedikit sebanyak tentang beberapa buah bazaar Ramadhan yg dibuka di sekitar Melaka. Dan sasaran pertama saya mestilah yg palig dekat dahulu; Bazaar Taman Tasik Utama.


Pemandangan dari luar kawasan bazaar

Ok..saya dtg ke bazaar ni lebih kurang dalam pukul 6.15 petang. Sebelum sampai, saya membayangkan yg bazaar di sini pasti lebih meriah berbanding tahun lepas. Ini berdasarkan poster dan banner utk tempahan tapak gerai jualan telah dipasang lebih kurang sebulan sebelum puasa. Berbanding tahun lepas, saya xpasti bila dan di mana letaknya banner2 utk tempahan tapak gerai. Malah kalau x silap saya, tahun lepas adalah pertama kali wujudnya bazaar Ramadhan di kawasan Taman Tasik Utama itu. Jadi pada anggapan saya, pastinya tahun ni lebih meriah..

Tapi apa yg saya lihat, keadaan dan suasana di bazaar tersebut tidak banyak bezanya berbanding tahun lepas. Entahlah, mungkin ramai yg belum memulakan perniagaan mereka kot utk hari pertama. Maklumlah, mungkin ramai yg ingin menyambut puasa hari pertama bersama ahli keluarga..


Suasana di sekitar bazaar..

Berdasarkan pemerhatian saya, tidak banyak juadah menarik yg ditawarkan di situ. Kebanyakannya adalah jualan lauk-pauk dan makanan spt nasi ayam, nasi beriani dan yg sewaktu dgnnya. Ada juga murtabak. Tapi masa saya sampai tu, dah habis. Hm mcm laku je. Kena try la esok2. Yg saya perasan juadah yg specel cket adalah fish and chip. Harganya RM5. Saya ada beli, nk cuba-try-test. Hmm, boleh tahan sedap. Hee.. Air2 pun xbanyak pilihan. Dan yg paling susah nk jmpa tadi ialah kuih-mueh. Dah la td niat saya dtg memang nak beli kuih. Ada satu ke 2 kedai je yg jual kuih, tapi tu pun dh habis. Xde rezeki saya daa..



Hah ni lah fish and chip yg saya katakan..

Hm..secara keseluruhannya, x banyak yg menarik boleh didapati di sini. Tapi mungkin cukuplah utk keperluan penduduk sekitar taman ni utk mendapatkan juadah berbuka. Xpe2, baru hari pertama, maybe sok lusa bertambah2 lagi juadah2 menarik disini..okla..setakat tu saja review utk bazaar pilihan pertama saya,hehe..See U at the next bazaar!!



5 comments:

SEN August 23, 2009 at 2:40 AM  

heheh..nanti aku akan berniaga gak, jual roti john kat area pangsapuri pompuan tu..datang la melawati jika ada kelapangan eheh..bole kacau2 awek skali eheh..

syafiqtaib August 23, 2009 at 3:24 PM  

Ok bro..you are my next target.hehe..nanti klu sampai sane, leh dpt roti john free x??hehe..

wanna August 24, 2009 at 1:48 AM  

oo..g bazaar..cm bez ja..wat la review psl bazaar kt tmp len sma..mst bez..leh bg info gak kt pembaca..cewah..request nk mcm2..hehe

copywrong... August 24, 2009 at 2:19 AM  

wakakakak...lame dah x pegi..aku dulu salu pegi bazaar tu bile malas nak kuar g peringgit..ape yg ade sebat je lah...

syafiqtaib August 24, 2009 at 6:04 AM  

haha..btol2..janji ade bnda nk mkn utk buke..

Post a Comment

Aku, Blog, Bisnes dan dot dot dot

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Sekadar sebuah medium untuk cetusan idea, luahan pemikiran, perkongsian maklumat dan apa sahaja yang terlintas di kepala dan hati. Mungkin juga untuk merekod perjalanan kehidupan, menuju titik kejayaan. (Pergh ayat xnak gempak,hee) Kesimpulannya...aku nak jadi jutawan!! Haha..Dan berjaya dunia & akhirat, insyaAllah..Now, let's go!!